Terma dan Syarat Agriplaza

Perjanjian ini menyediakan terma dan syarat yang dengannya Agriplaza.com.my (Agriplaza), menawarkan perkhidmatan ‘e-marketplace’ ("Perkhidmatan") kepada anda melalui portalnya yang terletak di http://www.agriplaza.com.my/ ("Portal"). Anda sebagai pengguna ("Pengguna") Perkhidmatan ini bersetuju secara mutlak terhadap semua terma dan syarat seumpamanya yang terkandung dalam perjanjian ini. Agriplaza mempunyai hak, atas budi bicara mutlaknya dan tanpa notis, untuk meminda atau mengubah suai terma dan syarat yang dengannya Perkhidmatan itu ditawarkan kepada anda mengikut cara yang diterangkan di bawah.

1. HAD KEGUNAAN

Perkhidmatan disediakan untuk kegunaan Pengguna sahaja. Perkhidmatan diakses dan digunakan melalui gabungan nama Pengguna dan kata laluan. Anda tidak boleh mengakses Perkhidmatan dengan menggunakan nama atau kata laluan mana-mana pihak lain. Akses tanpa kebenaran ke Perkhidmatan, atau ke kemudahan telekomunikasi atau ke komputer yang digunakan untuk menghantar perkhidmatan tersebut, adalah melanggar Perjanjian ini secara material dan juga melanggar undang-undang. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tuntutan, permintaan atau kerosakan akibat daripada pihak lain memperoleh kata laluannya. Pengguna tidak boleh mencuba untuk mengubah suai, menyahkompil, menyongsangkan aturan atau cuba mendapatkan akses dengan cara lain ke apa-apa teknologi atau kod sumber yang menjadi dasar bagi Perkhidmatan ini. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda menyatakan dan memberikan jaminan bahawa anda membentuk kontrak mengikat yang sah di bawah undang-undang yang digunapakai bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, terkini dan lengkap. Jika anda tidak layak, jangan gunakan Perkhidmatan ini. Kami mempunyai hak, atas budi bicara mutlak, menolak untuk memberikan Perkhidmatan ini kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Kami juga mempunyai hak menghadkan akses anda ke sebahagian atau semua bahagian Portal atau Perkhidmatan tanpa notis atau tanggungan. Anda sedia maklum bahawa semua maklumat yang diberikan akan disimpan oleh Agriplaza sebagai sulit mengikut terma dalam dasar privasi piawai kami, seperti yang diterbitkan dalam Portal. Anda memberikan Agriplaza kebenaran secara menyeluruh yang tidak boleh batal dan bebas royalti untuk menggunakan maklumat yang anda berikan dalam melaksanakan Perkhidmatannya dan, dari masa ke masa, dalam media, bebas daripada apa-apa hak cipta, cap dagang, atau apa-apa hak tuan punya yang lain, berhubung dengan Portal dan Perkhidmatan. Anda sedia maklum bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya memberikan maklumat yang tepat dan lengkap, dan kegagalan berbuat demikian, boleh menyebabkan tindakan ke atas anda diambil kerana salah nyata atau fraud oleh Agriplaza atau Pengguna lain. Pengguna yang gagal mematuhi peraturan berikut tertakluk kepada penyingkiran daripada Portal dan tindakan undang-undang akan diambil.

2. PELEPASAN DAN TANGGUNG RUGI

Agriplaza adalah medan untuk membeli, menjual, mencari dan mendapatkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan pertanian bagi Pengguna berdaftar sahaja. Agriplaza tidak menjamin kualiti produk dan perkhidmatan pertanian yang dipaparkan pada Portalnya dan juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang diberikan dalam keterangan tentang perkhidmatan pertanian yang dipaparkan pada Portalnya. Pengguna digalakkan supaya mengkaji sendiri kualiti produk dan perkhidmatan pertanian yang dipaparkan. Agriplaza tidak menjamin setiap keupayaan Pengguna untuk melengkapkan urus niaga dengan menggunakan Portal dan tidak memberikan apa-apa maklumat yang melambangkan identiti, kepercayaan kredit dan keandalan Pengguna lain. Pengguna yang terlibat dalam urus niaga dinasihatkan berhubung terus dengan Pengguna lain yang disenaraikan pada Portal kerana Agriplaza tidak terlibat dan tidak boleh terlibat dalam urus niaga antara Pengguna. Sekiranya berlaku pertikaian antara anda dengan Pengguna, anda dengan ini melepaskan dan membebaskan Agriplaza, anak syarikat, gabungan, pengarah, pegawai, pekerja dan ejennya daripada dan terhadap apa-apa serta semua tuntutan, permintaan dan kerosakan (sebenar dan turutan) daripada semua jenis dan sifat, diketahui dan tidak diketahui, dijangka atau tidak dijangka, didedahkan atau tidak didedahkan, yang timbul daripada atau dalam apa jua cara yang berkaitan dengan pertikaian itu. Selain itu, anda dengan ini bersetuju menanggung rugi dan membebaskan Agriplaza, anak syarikat, gabungan, pengarah, pegawai, pekerja dan ejennya daripada dan terhadap apa-apa dan semua tuntutan, permintaan dan kerosakan (sebenar dan turutan) daripada semua jenis dan sifat, diketahui dan tidak diketahui, dijangka atau tidak dijangka, didedahkan atau tidak didedahkan, yang timbul daripada atau dalam apa jua cara yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan Portal tersebut, Perjanjian ini serta apa-apa pelanggaran undang-undang di pihak anda atau hak pihak ketiga.

3. PENYELIAAN

Agriplaza mempunyai hak menyelia semua bahan, kandungan dan maklumat di Portalnya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada keterangan dan komen tentang produk atau perkhidmatan pertanian, untuk menentukan pematuhan terhadap terma dan syarat Perjanjian ini serta semua prosedur operasi dan kaedah tatalaku, sama ada yang terkini atau yang akan datang, yang ditetapkan oleh Agriplaza. Agriplaza mempunyai hak, atas budi bicara mutlaknya, meminda, mengedit, mengeluarkan atau menahan dengan cara lain apa-apa bahan yang disiarkan oleh Pengguna yang mungkin melanggar mana-mana undang-undang negeri, persekutuan atau tempatan atau melanggar mana-mana aspek Perjanjian ini, atau Agriplaza, atas budi bicara mutlaknya, menganggapnya lucah, merosakkan, menghina, mengancam atau berbentuk diskriminasi berkaitan dengan bangsa atau jantina, atau tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, Agriplaza tidak bertanggungjawab untuk mengkaji atau mengesahkan bahan, kandungan dan maklumat di Portalnya dan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau kecederaan lain yang ditanggung oleh mana-mana Pengguna kerana mempercayai mana-mana bahan, kandungan dan maklumat yang disiarkan di Portalnya.

4. PENGUBAHSUAIAN DAN PENYENGGARAAN

Agriplaza mempunyai hak, atas apa-apa alasan dan atas budi bicara mutlaknya, menamatkan, menukar atau menggantung apa-apa aspek Perkhidmatan atau Portal, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kandungan, ciri atau tempoh boleh digunakan. Agriplaza boleh mengenakan had ke atas ciri tertentu Perkhidmatan atau Portal, atau mengehadkan akses anda ke sebahagian atau semua bahagian Perkhidmatan atau Portal, tanpa notis atau tanggungan. Agriplaza akan berusaha sewajarnya untuk memastikan Portal boleh digunakan pada setiap masa. Walau bagaimanapun, Agriplaza tidak boleh dan tidak menjamin yang Portal akan beroperasi pada setiap masa. Pengguna mengaku dan bersetuju bahawa Portal mungkin tidak beroperasi dari masa ke masa disebabkan oleh penyenggaraan berjadual atau tidak berjadual atau keadaan yang di luar kawalan Agriplaza dan oleh itu bersetuju mengetepikan, melepaskan atau membebaskan Agriplaza daripada apa-apa kerugian, kos atau kerosakan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan apa-apa gangguan dalam perkhidmatan Portal.

5. TATALAKU DAN KELAKUAN PENGGUNA

Pengguna yang menggunakan Perkhidmatan dan Portal menyatakan, menjamin dan bersetuju bahawa mereka tidak akan:

(i) Memalsukan atau membuat salah nyata dalam apa-apa maklumat peribadi atau perniagaan mereka dari segi identiti atau tujuannya, yang berkaitan dengan apa-apa perkara;

(ii) Menyiarkan, menerbitkan, menghantar, mengedar atau memuat naik apa-apa maklumat melalui atau menghubungkan secara langsung atau tidak langsung apa-apa maklumat ke Portal, yang Agriplaza, atas budi bicara mutlaknya, menganggapnya sebagai tidak sah di sisi undang-undang, lucah, merosakkan, menghina, mengancam atau berbentuk diskriminasi berkaitan dengan bangsa atau jantina, atau yang tidak menyenangkan;

(iii) Menyiarkan, menerbitkan, menghantar, mengedar atau memuat naik apa-apa maklumat melalui atau menghubungkan secara langsung atau tidak langsung apa-apa maklumat ke Portal yang mengandungi virus, Trojan horse, worm, time bomb, cancelbot, atau apa-apa kod perisian atau rutin pengaturcaraan lain yang berbahaya yang dirancang untuk merosakkan, mengganggu sehingga menjejaskan, memintas secara rahsia atau mencuri apa-apa data sistem atau maklumat peribadi;

(iv) Menyiarkan, menerbitkan, menghantar, mengedar atau memuat naik apa-apa maklumat melalui atau menghubungkan secara langsung atau tidak langsung apa-apa maklumat ke Portal yang tidak sah di sisi undang-undang, palsu, atau tidak menyenangkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa maklumat, perhubungan atau penghantaran yang membentuk atau yang menyokong perbuatan melakukan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau apa-apa pelanggaran undang-undang, statut, ordinan atau peraturan tempatan, negeri, negara atau asing (termasuk tetapi tidak terhad kepada, undang-undang yang mengawal kawalan eksport, perlindungan pengguna, persaingan tidak adil, antidiskriminasi atau iklan palsu);

(v) Menyiarkan, menerbitkan, menghantar, mengedar atau memuat naik apa-apa maklumat melalui atau menghubungkan secara langsung atau tidak langsung apa-apa maklumat ke Portal yang melanggar apa-apa hak cipta, cap dagang atau mana-mana hak harta intelektual pihak lain, melainkan jika Pengguna telah mendapatkan kebenaran daripada pemilik tersebut atau tindakan tersebut tidak melanggar mana-mana hak yang di atas dalam harta tersebut;

(vi) Menyiarkan, menerbitkan, menghantar, mengedar atau memuat naik apa-apa maklumat melalui atau menghubungkan secara langsung atau tidak langsung apa-apa maklumat ke Portal apa-apa e-mel pukal untuk mencari pelanggan, surat berangkai, pencarian pelanggan, iklan, skim piramid atau apa-apa perhubungan bukan mencari pelanggan yang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada, Pengguna spam;

(vii) Menggunakan, menghasilkan semula, mengedar, menerbitkan atau menyampaikan apa-apa maklumat yang diperoleh daripada Portal untuk apa-apa sebab perdagangan, melainkan jika aktiviti itu telah diluluskan secara bertulis dan secara nyata oleh Agriplaza; atau

(viii) Mewujudkan tanggungan ke atas Agriplaza atau menyebabkan Agriplaza hilang (sepenuhnya atau sebahagiannya) perkhidmatan Agriplaza atau pembekal lain.

6. HAD KEGUNAAN

a. Hak kepunyaan.

Agriplaza (dan rakan kongsi kami) mengekalkan semua hak kepunyaan dalam perkhidmatan dan Portal kami, dan juga data, maklumat (termasuk perisian) serta grafik yang boleh didapati pada atau melalui Portal ("Kandungan Agriplaza") kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua hak cipta, cap dagang dan hak intelektual atau hak harta intelektual pihak lain dalam perjanjian ini, tertakluk kepada hak Pengguna dalam maklumat dan cap dagang mereka.

b. Had kegunaan.

Pengguna tidak dibenarkan dan Pengguna bersetuju untuk tidak menyalin, menjual, mengumpul atau mengeksploitasikan untuk apa-apa tujuan perdagangan, perkhidmatan atau kandungan kami atau menyediakan akses kepada perkhidmatan kami oleh pihak lain. Pengguna bersetuju untuk tidak menyongsangkan aturan, menyahkompil, atau cuba menghasilkan, dengan cara lain, kod sumber daripada apa-apa perisian yang boleh diakses melalui Portal. Pengguna seterusnya bersetuju untuk menyerahkan atau menerima maklumat hanya daripada atau melalui akaun Agriplaza Pengguna itu sendiri.

c. Kata laluan dan keselamatan.

Pengguna bersetuju pada setiap masa untuk terus merahsiakan nama dan kata laluan Pengguna. Jika Pengguna merupakan perbadanan, perkongsian atau entiti undang-undang yang lain, maka pekerjanya dibenarkan menggunakan nama dan kata laluannya, dengan syarat entiti undang-undang itu akan bertanggungjawab terhadap semua aktiviti dan semua bayaran oleh pekerja itu. Dilarang membenarkan pihak ketiga menggunakan perkhidmatan Agriplaza melalui akaun Pengguna dan tindakan ini melanggar Perjanjian ini. Jika berlaku pelanggaran keselamatan melalui akaun Pengguna, Pengguna hendaklah menukar kata laluannya dengan segera dan memaklumkan pelanggaran keselamatan itu kepada Agriplaza melalui e-mel support@agriplaza.com.my. Pengguna akan mananggung rugi terhadap apa-apa penggunaan perkhidmatan Agriplaza yang tidak dibenarkan sehingga Pengguna memaklumkan pelanggaran keselamatan itu kepada Agriplaza.

d. Maklumat Lain untuk Pengguna

Dengan menggunakan perkhidmatan Agriplaza, Pengguna bukan sahaja boleh mengakses kandungan Agriplaza, tetapi juga boleh mengakses maklumat tertentu yang telah diberikan oleh Pengguna lain kepada Agriplaza. Perjanjian ini dan undang-undang yang digunapakai (termasuk undang-undang berkaitan dengan maklumat sulit, rahsia perdagangan dan hak tuan punya yang lain) mengawal penggunaan maklumat ini. Pengguna boleh menggunakan maklumat ini hanya untuk mencari peluang membeli produk atau perkhidmatan pertanian Pengguna lain. Pengguna bersetuju untuk tidak menggunakan apa-apa maklumat yang diberikan oleh Pengguna lain untuk pemasaran langsung atau hubungan jualan lain di luar perkhidmatan Agriplaza.

7. CUKAI

Pengguna mengaku dan bersetuju bahawa Agriplaza tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab untuk melaporkan, mengira, menentukan atau menjangka bayaran bagi apa-apa cukai yang dikenakan atau yang dihutang oleh mana-mana Pengguna berhubung dengan penggunaan Portal dan Perkhidmatan atau pembelian apa-apa produk atau perkhidmatan pertanian oleh Pengguna. Pengguna sedia maklum dan bersetuju bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengiraan dan pembayaran apa-apa cukai yang ditanggung hasil daripada menggunakan Portal dan Perkhidmatan atau membeli produk atau perkhidmatan pertanian.

8. TIADA AGENSI

Hubungan antara Pengguna dengan Agriplaza adalah berbentuk kontraktor bebas. Tiada hubungan agensi, perkongsian, usaha sama atau francais dilibatkan, dimaksudkan atau diwujudkan melalui terma dan syarat Perjanjian ini.

9. NOTIS

Semua notis di bawah Perjanjian ini akan diserahkan kepada Pengguna melalui e-mel ke alamat e-mel yang diberikan oleh Pengguna dalam borang pendaftarannya. Notis kepada Agriplaza hendaklah dihantar melalui e-mel ke support@agriplaza.com.my. Pengguna dengan ini bersetuju untuk dihubungi oleh Agriplaza dari masa ke masa berhubung dengan perkhidmatan baru, laporan kemas kini, promosi, dll.

10. PENAMATAN

Terma dan syarat Perjanjian ini membentuk perjanjian yang mengikat Agriplaza dengan setiap Pengguna sehingga ditamatkan oleh Pengguna atau Agriplaza. Agriplaza boleh pada bila-bila masa, atas budi bicara mutlaknya, menamatkan akses Pengguna ke Portal dan Perkhidmatan. Pengguna boleh menghentikan penggunaan Portal dan Perkhidmatan mereka pada bila-bila masa dan memaklumkan status penamatan mereka sebagai Pengguna berdaftar kepada Agriplaza.

1. PENAFIAN WARANTI

Agriplaza menyediakan portal dan perkhidmatan ‘seadanya’ dan menafikan apa-apa waranti tersirat bagi hak milik, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan tiada pelanggaran, berhubung dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang disenaraikan, dibeli atau dijual melalui portal dan perkhidmatannya. Nasihat, arahan atau maklumat yang diterima oleh pengguna, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada Agriplaza tidak akan mewujudkan apa-apa waranti tersirat. Pengguna diarahkan menggunakan portal dan perkhidmatan itu atas risiko mereka sendiri. Agriplaza tidak menjamin bahawa:

(I) Perkhidmatan Agriplaza akan memenuhi keperluan pengguna,

(II) Perkhidmatan Agriplaza tidak akan terganggu, tepat pada masanya, selamat atau bebas dari kesilapan,

(III) Keputusan yang diperolehi daripada penggunaan perkhidmatan Agriplaza tepat dan andal,

(IV) Kualiti mana-mana produk, perkhidmatan, maklumat atau bahan lain yang dibeli atau diperoleh oleh pengguna melalui perkhidmatan Agriplaza akan memenuhi jangkaan pengguna,

(V) Apa-apa kesilapan dalam perisian yang digunakan oleh Agriplaza akan dibetulkan. Nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang diperoleh oleh pengguna daripada Agriplaza atau melalui perkhidmatan Agriplaza tidak akan mewujudkan apa-apa waranti yang tidak dinyatakan secara nyata dalam perjanjian ini.

12. HAD TANGGUNGAN

Agriplaza atau rakan kongsi Agriplaza tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan untung atau apa-apa kerosakan yang khusus, sampingan atau turutan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan perkhidmatan, portal atau perjanjian ini.

13. KETETAPAN PERTIKAIAN

Apa-apa kontroversi atau tuntutan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau Perkhidmatan akan ditetapkan oleh Mahkamah dengan bidang kuasa kompeten dan Pengguna menyerahkan bidang kuasa diri bagi mahkamah tersebut untuk tujuan ini.

14. KEPUNYAAN

Agriplaza akan mengekalkan semua hak, hak milik dan kepentingan dalam dan terhadap Portal dan Perkhidmatan, termasuk semua hak harta intelektual yang terkandung dalam dan pada perjanjian itu. Pengguna mengaku bahawa Agriplaza boleh mengumpul data agregat berkaitan dengan penggunaan Portal dan Perkhidmatan oleh Pengguna dan bahawa Agriplaza boleh menggunakan, menghasilkan semula dan secara komersil menyediakan data agregat itu untuk pihak ketiga. Data agregat itu akan menjadi harta Agriplaza dan boleh digunakan tanpa notis atau kelulusan Pengguna.

15. PELBAGAI

Perjanjian ini membentuk seluruh perjanjian antara pihak, berkaitan dengan perkara dalam perjanjian ini, dan menggantikan mana-mana dan semua perjanjian terdahulu antara Agriplaza dengan Pengguna. Kegagalan untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini tidak akan mengakibatkan penepian apa-apa hak yang ada pada salah satu pihak di bawah Perjanjian ini. Jika mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini diputuskan sebagai tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan itu akan dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan dan bahagian selebihnya Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya. Tajuk adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak boleh mentakrifkan, mengehadkan, mentafsirkan atau menerangkan skop atau had bahagian itu. Kegagalan Agriplaza untuk bertindak berhubung dengan pelanggaran peraturan di pihak anda, atau Pengguna lain tidak menepikan hak kami untuk bertindak berhubung dengan pelanggaran yang berikutnya atau yang serupa. Agriplaza tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan atau kegagalan yang berkaitan dengan Kerajaan atau peperangan, dll.

16. PINDAAN

Agriplaza mempunyai hak, dari masa ke masa, meminda peruntukan dalam Perjanjian ini. Agriplaza akan memaklumkan pindaan ini kepada Pengguna dengan menyiarkannya pada Portal di lokasi yang sama dengan dokumen yang dipinda itu. Apa-apa pindaan seumpamanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja notis diberikan. Dalam mana-mana kejadian, menjadi tanggungjawab Pengguna memeriksa Portal Agriplaza untuk notis pindaan yang akan kami siarkan dari masa ke masa.


 

   

  <% 'Response.write " " & vbCrLF Else Response.write "Record Not Found! Please try again." End If End Select %> <% sqlstmdate = "SELECT count(userid) as Recordcount FROM tblUserRegistration WHERE loginid<>null" Set objDateRS = objConn.Execute(sqlstmdate) sqlcomment = "SELECT count(id) as Recordcount FROM tblcomments" Set CommentRS = objConn.Execute(sqlcomment) %>  
Penafian
Agriplaza tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal Agriplaza. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan portal ini.

Agriplaza Team [<%response.write(Application("visitors"))%>]
Copyright © 2008  by [Agriplaza]. All rights reserved. XXX

<% objconn.close set objConn = nothing set objDateRS = nothing set objRS = nothing %>